Waktu Solat di Lautan

Sabda Rasulullah s.a.w (maksudnya): 

“Amalan pertama seorang hamba yang akan dihisab pada Hari Kiamat adalah Solat. Apabila solatnya baik, maka baiklah seluruh amalannya. Sebaliknya apabila solatnya buruk, maka buruklah seluruh amalannya.” 

[HR Imam At-Tabrani]

Perkongsian menarik kali ini mengupas kaedah praktikal bagi menentukan waktu solat semasa di lautan. Artikel ini sebagai panduan mudah yang akan menyentuh sedikit asas ilmu Astronomi (Falak), Astro Navigasi dan Astrofiqh.

Kaedah penentuan waktu Solat

1)      Cerapan (Pemerhatian) – kaedah asas yang disebut dalam Al-Quran & hadis. Melihat perubahan bayang pada suatu objek & perubahan cahaya langit ketika mana matahari berada dibawah ufuk (visible horizon) pemerhati

2)      Hisab (Hitungan) – menggunakan ilmu Astronomi (falak) & Matematik bagi mengetahui kedudukan matahari bagi mengaitkan dengan fenomena kaedah asas cerapan.

Kapal dilautan terdedah kepada pergerakan “Six degrees of freedom” (roll, pitch, heave) akibat dari tiupan angin, pukulan ombak, dan sebagainya. Keadaan ini membataskan kaedah cerapan bayangan objek. Maka kaedah hitungan (Hisab) lebih bersesuaian untuk dipraktikkan di lautan dengan merujuk kepada “Nautical Almanac”.

Nautical Alamanac (Almanak Nautika) adalah sebuah terbitan yang mengandungi data astronomi sepanjang tahun bagi membantu pelayar membuat pengiraan astronomi di lautan. Antara isi kandungan penting Almanac adalah tabulasi waktu dan kedudukan Matahari, Bulan, 57 bintang utama dan 4 planet terpilih. Almanac juga dijadikan rujukan bagi mengetahui waktu terbit dan benamnya matahari & bulan, kedudukan bintang & corak buruj, pengiraan ralat kompas magnetik (compass error), dan fenomena twilight. Selain itu, kedudukan kapal ketika merentas lautan juga dapat ditentukan dengan kaedah “Celestial Navigation” dimana ia merupakan asas ilmu pelayaran sebelum wujudnya era teknologi GNSS (Global Navigation Satellite System) seperti GPS, GLONASS, Galileo, BeiDou dan sebagainya. Sehingga kini, kaedah menggunakan almanac masih dipraktikkan di lautan dan diajar di pusat-pusat latihan maritim meskipun teknologi baru pesat membangun.

Definisi Waktu

“….sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya”. 

( Qs An-Nisa’ : 103 )

SUBUH 

bermula dari terbit “Fajr sadiq” (cahaya putih) di ufuk Timur hingga terbit matahari

post1

ZOHOR 

bermula apabila seluruh jasad Matahari gelincir ke arah barat (melepasi meridian pemerhati) dan berakhir ketika panjang bayangan suatu objek menjadi sama dengan panjang objek itu sendiri

zohor

ASAR 

bermula apabila panjang bayang tiang tegak melebihi ukuran tiang itu sendiri + panjang bayang sewaktu istiwa dan berakhir ketika benamnya matahari.

feature pict

MAGHRIB 

bermula terbenamnya matahari di bawah ufuk barat (hilangnya semua bulatan matahari di telan bumi) hingga hilangnya “syafaq ahmar”  (cahaya merah) dilangit

maghrib

ISYAK 

bermula dari hilangnya cahaya merah (syafaq ahmar) di ufuk barat hingga terbit fajar sadiq

isyak1

IMSAK

anggaran 10 hingga 15 minit sebelum subuh

10155716_10203187806729180_6369723799193371203_n

SYURUK (Sunrise)

menandakan tamatnya waktu solat subuh pinggir/piring atas matahari (upper limb) berada diatas ufuk Timur

sunrise

DHUHA

matahari tinggi segalah (7 hasta / 2-3 meter) secara purata 28 minit selepas waktu Syuruk (terbit matahari)

dhuha

Diriwayatkan dari Muaz r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Janganlah meninggalkan solat dengan sengaja. Sebabnya, orang yang meninggal solat dengan sengaja telah terlepas daripada perlindungan Allah.” 

[Mu’jam At-Tabrani Al-Awsath]

Fahami terma-terma asas

Meridian Passage (MP) / Matahari Istiwa (transit) dimana posisi pusat matahari berada tepat pada meridien (Longitude) pemerhati. Waktu MP setempat digunakan dalam pengiraan waktu Zohor.

Astronomical Twilight (Astro) terbahagi kepada dua waktu iaitu ketika Subuh & Isyak.

  1. Fajar Sadiq (cahaya putih) bermula apabila pusat matahari berada 18° (sesetengah berpendapat 19°,20°,21°) dibawah ufuk (horizon) Timur.
  2. Shafaq Ahmar (cahaya merah)  berakhir selepas pusat matahari berada 18° dibawah ufuk Barat.

Zone Time (ZT) / Zon Waktu merujuk kepada mana-mana rantau di mana masa standard (Standard Time) yang sama digunakan. (contoh: Malaysia, Singapore, Hong Kong, Taiwan berada pada zone GMT +8)

Longitude in Time (LIT): Longitude pemerhati ditukar kepada unit masa dimana setiap 15° longitude bersamaan dengan 1 jam. (360°/15° = 24 jam)

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar dalam garis edarnya.” 

(Qs: Al-Anbiya : 33)

Formula

Longitud BARAT (-ZT + LIT)

  • Zohor                   = MP – ZT + LIT + (5 minit)
  • Asar                      = (Zohor + Maghrib)/2 + (20 minit)
  • Maghrib              = Sunset – ZT + LIT + (5 minit)
  • Isyak                     = Astro – ZT + LIT
  • Subuh                  = Astro – ZT + LIT
  • Imsak                   = Subuh – 10 minit
  • Syuruk                 = Sunrise – ZT + LIT

Longitud TIMUR (+ZT – LIT)

  • Zohor                   = MP + ZT – LIT + (5 minit)
  • Asar                      = (Zohor + Maghrib)/2 + (20 minit)
  • Maghrib               = Sunset + ZT – LIT + (5 minit)
  • Isyak                     = Astro + ZT – LIT
  • Subuh                  = Astro + ZT – LIT
  • Imsak                   = Subuh – 10 minit
  • Syuruk                 = Sunrise + ZT – LIT

*Nota: waktu Astronomical Twilight tidak disenaraikan dalam Nautical Almanac. Formula berikut digunakan untuk mendapatkan waktu Astro Subuh (Fajar Sadiq) & Astro Isyak (Shafaq Ahmar)

Astro Subuh = Nautical – (Civil-Nautical)

Astro subuh

Astro Isyak = Nautical + (Nautical-Civil)

Astro Isyak

“Beza antara seorang hamba dengan kekufuran adalah meninggalkan solat.” 

[HR Imam Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah]

Contoh Kiraan

Berikut adalah pengiraan yang dilakukan dalam dua keadaan berbeza iatiu ketika kapal berada di posisi yang sama sepanjang hari dan keduanya ketika kapal sedang dalam pelayaran.

Kapal Statik 

Di dalam contoh ini, kapal berada di lokasi yang sama sepanjang hari maka Latitude & Longitude yang sama digunakan bagi mengira kesemua waktu solat. 

Tarikh : 18 October 2017         Lokasi: Santos basin , Brazil (South Atlantic Ocean)

Ekstrak dari Nautical Almanac 2017 terbitan United Kingdom Hydrographic Office (page 203)

  Kapal dalam pelayaran

Bagi kapal yang sedang dalam pelayaran, anggaran kedudukan latitude & longitude diperlukan bagi waktu Zohor, Maghrib, dan Subuh.

Tarikh : 19 October 2017           Lokasi: belayar dari Santos Basin ke Campos Basin 

Ekstrak dari Nautical Almanac 2017 terbitan United Kingdom Hydrographic Office (page 205)

Route 1
PENTING

Perlu diingat bahawa contoh kiraan seperti diatas hanya sesuai bagi kawasan latitude rendah (low-latitudes) dan sebahagian latitude sederhana (mid-latitudes). Kedudukan lokasi latitude tinggi (high-latitudes) akan mengalami abnormality fenomena alam terutama berkait dengan waktu terbit dan terbenamnya matahari.

Tiga kemungkinan fenomena di Latitude tinggi

  1. ada wilayah yang akan mengalami pertukaran siang dan malam dalam masa satu hari samada siangnya singkat dan malamnya panjang (musim sejuk/winter) atau sebaliknya (musim panas/summer).
  2. ada wilayah yang pada bulan tertentu mengalami Twilight sepanjang malam dimana tidak hilangnya cahaya merah (syafaqul ahmar) sampai datangnya waktu Subuh. Keadaan ini menyukarkan untuk membezakan antara cahaya merah saat Maghrib dan cahaya putih saat Subuh
  3. ada wilayah mengalami siang selama 24 jam sehari (midnight sun) atau sebaliknya malam 24 jam (polar night) pada bulan-bulan tertentu

Sebagai contoh lihat ekstrak dari Nautical Almanac dibawah pada dua tarikh yang berbeza iaitu pada 21 Jun 2017 (northern summer solstice) dan 21 Disember 2017 (northern winter solstice)

Dapat dilihat bahawa fenomena yang dinyatakan diatas berlaku pada latitud-latitud tinggi (56°N dan 56°S keatas). Pada tarikh ini juga “Declination” matahari berada pada tahap tertinggi iaitu kira-kira 23.5°N pada bulan Jun & 23.5°S pada bulan Disember.

Timbul persoalan, bagaimana menentukan waktu solat di latitude tinggi? Sebahagian ulama berpendapat, waktu solat ditentukan dengan melihat negeri yang berdekatan. Oleh sebab itu, kiraan menggunakan formula seperti contoh diatas mungkin tidak bersesuaian dan perlu disesuaikan dengan ijmak/pendapat  ulamak yang lebih arif. Allahu a`lam.

Segala langkah untuk menyediakan artikel ini telah diamati dan diteliti dengan sebaik mungkin dan rujukan dari sumber yang sahih. Contoh-contoh kiraan adalah kiraan yang sebenar yang dilakukan dilautan dan telah disemak dengan pelbagai kaedah termasuk pemerhatian/cerapan kedudukan sebenar matahari (pemerhati di laut mempunyai pandangan jelas ufuk bumi/kaki langit) bagi memastikan ketepatan informasi.  Semoga artikel in membawa manfaat khususnya kepada warga pelaut.

“sesiapa yang menjaga solatnya, maka solat tersebut akan menjadi cahaya, petunjuk dan keselamatan untuknya pada hari Kiamat. Sebaliknya, sesiapa yang tidak menjaga solatnya, maka solatnya tidak akan menjadi cahaya, petunjuk dan keselamatan untuknya. Pada Hari Kiamat nanti, dia akan dikumpulkan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubay bin Khalaf.” 

[HR Imam Ahmad]

Author

Jamil Zaman
JAMIL ZAMAN

Merupakan pegawai navigasi 1st Officer/Senior DPO diatas kapal Sapura Diamante yang kini beroperasi di perairan Brazil. Menamatkan pengajian Dip. Nautical Studies di Akademi Laut Malaysia pada 2008 dan kemudiannya melanjutkan pengajian HND Nautical Science (Masters & Chiefmate) di Warsash Maritime Academy, Southampton Solent University, UK. 

Berpengalaman dalam operasi perkapalan dan offshore seperti pengangkutan LNG, pipelaying, heavylift, windmill installation, drilling, diving, subsea installation dan ROV survey.

Pernah berkhidmat dibeberapa buah syarikat tempatan dan juga antarabangsa termasuk MISC bhd, Sapura Acergy, Seaway Heavylifting, Jasper Offshore dan kini Sapura Navegacao Maritima. Terlibat dalam pelbagai projek dalam dan luar negara termasuk di North Sea eropah, Afrika barat, India, Jepun, serata Asia tenggara dan Asia pasifik, timur tengah, dan kini di perairan Amerika Latin.

Beilau juga merupakan pengarah kepada syarikat teknologi Awolian Sdn Bhd yang  ditubuhkan bersama abangnya pada tahun 2016 yang berpangkalan di Seri Manjung, Perak. Bergiat aktif dalam mempromosikan seminar motivasi dan kerjaya , pembangunan & pendidikan aplikasi teknologi, pengurusan kewangan serta pelaburan hartanah. 

admin@awolian.com